Balik kelas dengan hati masing-masing marah, bengang dengan seorang hamba Allah ni..kami marah bersebab bukan saja-saja. Bila kami senyum dia jeling, kami tanya elok2 kena herdik, kami xbuat Salah dia kata Salah. Pendek Kate kami buat baik sume nampak buruk kat mata dia.
Nevermind,setiap perbuatan ade balasannya. Ok berkenaan sahabat syurga, kami dah marah, balik hostel baring tenangkan fikiran buat hal masing2..lepastu tergerak la hati ni nak pegi bilik kawan, lepas aku datang kat bilik tu ade pulak member len datang lepak berborak ape jadi tadi..masing2 luah perasaan kecewa..dah habis sesi luah perasaan tu ade la sorang member buat lawak disambut pulak dengan member yang lain dan berlarutan la sampai maghrib.
Lepas berapa minit dekat masjid selesai azan, tiba2 kawan ajak sembahyang berjemaah dalam nada gurau dan cadangan tu disambut baik oleh kami tapi masing2 xnak jadi imam..yang aku suruh member yg bagi cadangan, member bagi member lain dan sampai la kesudah..last skali baru la yg tukang cadang tadi nak jadi dengan syarat solat yg seterusnya kene tukar imam..ok kami setuju dan start sembahyang berjemaah buat pertama kalinya setelah setahun stengah jadi housemate..sahabat syurga bagi saya dengan kejadian ni, walau pun kami gila2 gelak2 suke mengusik, mendajal orang..kami still nak bawak kawan masing2 ke syurga..still sembahyang disebabkan Salah satunye masing2 ingat janji kat keluarga sendiri pesanan jangan tinggal solat,jangan gadoh(kadang2 xleh leak), jangan keluar dengan jantan..ok nampak ye keluarga still dalam hati kami..dan thanks sahabat kerana tarik aku untuk dekat ke syurga..
